Wednesday, October 24, 2012

Puasa Sunat Wukuf.

Assalammualaikum..

InsyaAllah esok 25 october 2012 Khamis kita boleh puasa sunat hari Arafah.

Niat Puasa Hari Arafah:


 "Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala."

Sabda Rasulullah s.a.w :

صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً

Di saat tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci sedang beribadat ketika wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, kita yang tidak berkesempatan untuk melaksanakan haji, bolehlah melakukan puasa hari arafah. Puasa sunat Hari Arafah adalah khas untuk mereka yang tidak pergi menunaikan haji.

Kelebihan puasa Hari Arafah

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,

Dan Rasullullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: 'Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.' (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Maka mereka yang berpuasa pada hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat dan cara.

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda:

“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)
Daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata:
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

No comments: